Partnership & Project Inquiries:
Project Manager: Nabil
Mobile: +6013-522 9210
[WHEELS & WILL GIVEAWAY: MENANGI 1X TIKET PENERBANGAN PERGI-BALIK!]
Salam semua!
Azree bakal memulakan ekspedisi kayuhan solo yang amat mencabar dari Paris menuju ke Malaysia pada 7 Julai 2026.
Sebelum itu, dia dalam dilemma dan mahukan anda turut serta secara virtual untuk memilih laluan kayuhan fasa pertama nya!
Dengan bantuan ini, Azree berbesar hati ingin memberi peluang kepada anda menyertai peraduan Wheels & Will Giveaway yang dianjurkan oleh Azree sendiri dan anda berpeluang memenangi 1X Tiket Penerbangan Pergi-Balik (Return Ticket) secara PERCUMA (FOC)!*
🗺️ Pilih salah satu laluan untuk Azree lalui:
-
🟢 LALUAN A (Low Risk Route): Paris ➡️ Belgium ➡️ Amsterdam (Netherlands) ➡️ Zurich (Switzerland) ➡️ Verona (Italy) ➡️ Slovenia.
(Melalui laluan landai dan kurang berisiko (altitude rendah) -
🔵 LALUAN B (High Risk Route): Paris ➡️ Lyon (France) ➡️ Geneva (Switzerland) ➡️ Swiss Alps ➡️ Dolomites (Italy) ➡️ Slovenia.
(Melalui laluan bergunung ganang dan berisiko tinggi (altitude tinggi)
🏆 Cara-Cara Penyertaan (How to Win):
-
IKUTI (Follow) akaun Instagram @azreeontheloose.
-
TINGGALKAN KOMEN di ruangan bawah hantaran (post di instagram kempen) dengan memilih salah satu laluan sahaja:
-
Laluan A (Low Risk Route) ATAU
-
Laluan B (High Risk Route)
-
-
Seterusnya TAG bersama 5 orang rakan anda bersama komen tersebut.
-
KUMPUL LIKE: Minta bantuan rakan-rakan anda untuk LIKE komen anda tersebut. Komen dengan jumlah like tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan menjadi laluan pilihan Azree nanti!
⏰ Tarikh-Tarikh Penting:
-
Tarikh & Waktu Tutup Penyertaan: 6 Julai 2026 (Jam 12:00 Tengah Hari waktu Malaysia).
-
Pengumuman Pemenang: 6 Julai 2026 (Jam 8:00 Malam) waktu Malaysia.
Terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Ayuh, undi laluan pilihan anda sekarang dan terbang secara percuma! 👇
#AzreeOnTheLoose #WheelsAndWill #GiveawayMalaysia #KayuhanSolo #ParisKeMalaysia #ContestMalaysia
📜 Terma & Syarat Pertandingan (Terms & Conditions)
TERMA & SYARAT PERTANDINGAN “WHEELS & WILL GIVEAWAY”
1. Penganjur & Kelayakan
-
Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan @azreeontheloose (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”).
-
Pertandingan ini terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh penyertaan.
-
Penganjur berhak untuk meminta bukti pengenalan diri (Kad Pengenalan / Pasport) bagi tujuan pengesahan pemenang.
2. Tempoh Pertandingan
-
Pertandingan ini berlangsung dari 17 Jun 2026 sehingga 6 Julai 2026, jam 12:00 tengah hari (Waktu Malaysia).
Sebarang penyertaan atau tanda like yang diterima selepas waktu pertandingan ini tidak akan diambil kira.
3. Format Penyertaan & Pemilihan Pemenang
-
Peserta wajib mengikuti (follow) akaun Instagram @azreeontheloose.
-
Peserta mesti menyatakan pilihan sama ada “Laluan A” atau “Laluan B” dan men-tag 5 orang rakan dalam satu ruangan komen yang sama.
-
Hanya satu (1) pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tanda suka (like) TERTINGGI pada komen penyertaan mereka dan laluan tersebut akan menjadi pilihan Azree nanti pada 7 Julai 2026.
-
Penggunaan akaun palsu (fake accounts), sistem bot, atau sebarang bentuk manipulasi like adalah dilarang sama sekali. Sekiranya dikesan, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
4. Hadiah Pertandingan
-
Satu (1) Pemenang Utama akan menerima 1X Tiket Penerbangan Pergi-Balik (Return Ticket) bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).
-
Destinasi, tarikh penerbangan, dan syarikat penerbangan adalah tertakluk kepada pengumuman lanjut oleh pihak Penganjur (TBA).
-
Pakej adalah untuk 1 orang penumpang (Ekonomi) bagi tempoh 3 Hari 2 Malam (3D2N).
-
Hadiah ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh dituntut oleh pihak ketiga.
-
Segala kos tambahan (seperti perbelanjaan peribadi, insurans perjalanan, pembuatan pasport, atau visa jika berkenaan) adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
5. Pengumuman Pemenang
-
Pemenang akan diumumkan secara rasmi pada 6 Julai 2026, jam 8:00 malam menerusi media sosial Penganjur.
-
Pemenang dikehendaki menghubungi Penganjur melalui Direct Message (DM) dalam tempoh 72 jam selepas pengumuman dibuat.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hadiah terbatal dan Penganjur berhak memilih pemenang kedua tertinggi.
6. Hak Penganjur
-
Penganjur berhak untuk meminda, menukar, atau membatalkan terma dan syarat ini, termasuk jenis hadiah, tanpa perlu memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu.
-
Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan pertandingan ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.